KKD 2063
PEMBANGUNAN SAHSIAH
TUGASAN
PERSONALITI WAJAHDIRI DALAM WATAK WANITA
( NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN )
TAJUK
“HERO WANITA MALAYA”
DALAM RANJAU
SEPANJANG JALAN
NAMA PELAJAR
ABDUL LATIP
BIN SUMAN
NO MATRIK : PPG43258/12
PENSYARAH
DR SYED MOHAMAD BIN SYED ABDULLAH
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSI
PENGENALAN
Untuk mendapatkan novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil
karya SN Shahnon Ahmad bukannya mudah, lebih-lebih lagi novel yang sudah
berusia 46 tahun ini banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Saya secara
jujurnya, inilah kali pertama saya membaca novel tersebut yang mempunyai halaman 176
mukasurat terbitan Alaf 21. Itupun bukannya berbentuk buku hanya
downloud dari laman web yang terdapat diinternet. Kalau bukan kerana tugasan yang diberikan
sampai sekarang saya tidak pernah menyentuh apatah lagi membaca novel tersebut
secara terperinci dan mendalam. Sebelum ini saya hanya pernah mendengar tajuk
novel ini sahaja dan pernah juga
menonton cerita di layar televisyen arahan Datuk Jamil Sulong, lakonan mantap
Datuk Sarimah tetapi tidak menghayati secara mendalam hanya sekilas pandang
sahaja. Sebelum menghuraikan lebih lanjut lagi kehendak tajuk tugasan yang
diberikan oleh pensyarah berkaitan dengan personaliti wajahdiri yang terdapat
pada watak-watak dalam novel ini sebaiknya saya menerangkan secara ringkas
sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya Sasterawan Negara Datuk
Shanon Ahmad yang cukup sinonim dengan hasil-hasil penulisan beliau yang cukup bermutu
dan banyak menyentuh hal-hal kehidupan
realiti masyarakat pada masa itu.
SINOPSIS
Ranjau Sepanjang Jalan (1966) adalah satu karya dari
Shahnon Ahmad yang banyak menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung Banggul
Derdep, Sik Kedah. Berlatar belakang
kampung halaman penulis sendiri (Shahnon Ahmad) beliau membawa kita menghayati
dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa
dahulu agar genarasi sekarang akan sedar dan insaf bagaimana susah payahnya
untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini penulis berjaya mencipta satu
plot yang penuh kreatif dan permainan
emosi yang berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang yang
mana petani dahulu sanggup berjuang untuk mencari sesuap nasi untuk diri
sendiri malahan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu.
Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan
isterinya Jeha bersama tujuh orang anak gadis mereka iaitu, Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang berjuang menguruskan sawah mereka sebanyak 14 relung
sebagai satu kepentingan utama dalam
kehidupan mereka. Walaupun untuk satu
musim hasil padi tidak boleh terkurang, padi menjadi segala-galanya, hidup mati
mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua
keluarga cukup memberikan impak yang besar terhadap keluarganya. Sehingga
akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak nibung yang meragut
nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini bertambah buruk
lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha,
isteri Lahuma memikul
tanggungjawab yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam
mengusahakan sawah peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma
mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma,
Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun
tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak
perempuannya.
Malangnnya Jeha
tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa
Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha
tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti
semasa mengusahakan sawahnya. Setelah Jeha menjadi gila dan di hantar ke
hospital Tanjung Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga
diambil alih oleh anak sulungnya iaitu Sanah. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus
perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah
mereka.
ANALISIS
PERSONALITI WAJAHDIRI DALAM WATAK
JEHA DAN SANAH
Dalam novel
Ranjau Sepanjang Jalan, SN Shahnon Ahmad menonjolkan watak wanita sebagai watak
penting dalam penulisan ini. Ertinya beliau sungguh menyanjung tinggi peranan
wanita Melayu pada masa itu. Di sini
saya akan mengupas dua watak yang mempunyai personaliti wajahdiri dalaman yang
terdapat pada watak Jeha dan Sanah.
Bagi
saya, watak Jeha dan anak-anaknya dalam naskah Ranjau Sepanjang Jalan adalah
sebagai wirawati petani yang cukup
dibanggkan dan dicontohi oleh masyarakat sekarang.. Dua watak ini mempunyai
kekuatan dan kualiti wanita yang berani dan
terus berjuang walaupun
berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Pada saya watak Jeha dan Sanah boleh
digambarkan sebagai “Hero Wanita Malaya” pada masa itu. Selepas kejadian dan
urutan-urutan peristiwa yang menimpa keluarga Lahuma, peranan dan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga saling berganti. Lebih-lebih lagi tanggungjawab sebagai
ketua keluarga diterajui oleh wanita.
Kedua-dua watak ini, Jeha dan
Sanah, masing-masing mempunyai personaliti wajahdiri yang boleh dianggap “Hero Wanita Malaya”
dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Melalui plot-plot yang diketengahkan oleh
Shahnon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang Jalan ini memang jelas menampakkan kepada
kita Jeha dan Sanah adalah watak besar dalam novel beliau. Gambaran kisah dua beranak ini cukup kental
dalam menghadapi hari-hari kesukaran dan
tidak mudah menyerah kalah demi mempertahankan sumber rezeki mereka.
PERSONALITI WAJAHDIRI
WATAK JEHA
Terdapat personaliti wajadiri
pada watak Jeha yang dipaparkan dalam
naskah Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Sekaligus menguatkan plot dan
jalan cerita Ranjau Sepanjang Jalan
ini. Dalam novel ini watak Jeha
yang ditonjolkankan olah Shahnon Ahmad
jelas untuk saya gambarkan dan sanjungi sebagai hero wanita Malaya pada
masa itu. Gambaran “Hero
Wanita Malaya” yang diberikan kepada
Jeha atas dasar sifat-sifat diri dan perjuangan Jeha dalan mengharungi liku-liku hidup sebagai
petani. Selain itu ketaatan pada agama, ketaatan kepada suami, kuat bekerja,
cekal, tabah, tekun, penyabar dan penyayang.
Pada saya watak Jeha satu kesungguhan untuk menampilkan watak wanita
yang unggul dan berani berjuang untuk mencari rezeki sekalipun kita tahu kudrat
wanita kadangkala ada lemahnya, namun
semua itu bukan alasan bagi Jeha apatah lagi selepas kematian suaminya Lahuma.
Sifat-sifat yang ada pada Jeha
cukup dijadikan teladan oleh kaum wanita zaman sekarang. Jeha seorang isteri dan ibu tunggal yang taat
pada agama dan kesetiaannya yang sanggup
mendiami sebuah teratak yang sekian lama untuk menampung mereka sekeluarga.
Sawah 14 relung peninggalan arwah suaminya harus diusahakan demi menampung
keperluan hidup keluarganya . Jelas terpampang di sini bagaimana Jeha sanggup
setia menguruskan tanah sawah walaupun tenaga yang ada tidak menampung
sepenuhnya menguruskan sawah tersebut. Kesetiaan dan janji yang dipegang oleh
Jeha kepada suaminya mencerminkan sikap taat setia Jeha kepada arwah suaminya.
Kekuatan Jeha yang dipaparkan
oleh Shahnon Ahmad dalam Ranjau
Sepanjang Jalan dapat memberi inspirasi dan keinsafan kepada kaum wanita pada masa sekarang. Kegigihan dan ketekunan
Jeha yang memikul tanggungjawab suami bukannya mudah memandangkan kesulitan dan
cabaran yang dihadapinya pada masa dahulu. Seorang ibu tunggal kepada 7 orang anak gadisnya setelah
kematian suaminya Lahuma yang mati terpijak duri nibong., sememangnya bukan
mudah untuk membesarkan anak-anak dengan hasil usaha sebagai petani. Hasil padi
yang diperolehi hanya sekadar untuk pengias diri yang senampak kabur. Jeha
memainkan peranan besar dalam ketua keluarga untuk menghadapi hari-hari kehidupan mereka dengan
hanya mengusahakan sawah. Jelas ini menampakkan Jeha ibu tunggal dan ketua
keluarga yang tekun dan gigih pada masa itu. Ketekunan dan kecekalan yang
ditonjolkan Shahnon Ahmad melalui watak Jeha akan memberi contoh dan teladan
yang baik bagi kaum hawa pada masa sekarang sebagaimana Jeha mengharungi
kehidupan susahnya sebagai petani sebelum atau selepas kematian suaminya.
Jeha si ibu dan
tujuh anak daranya; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah yang hidup
pada pertengahan abad 20 menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka
mengusahakan sawah dengan penat jernih. Hidup dan mati mereka semuanya
bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya. Makanan, wang semuanya
datang daripada hasil padi. Jeha harus menerjui kehidupan keluarga. Mereka
tidak harus mati kelaparan, sawah padi menguning, hujan lebat, banjir besar dan
kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi harus dan perlu
ditentang. Sebegitu kuat azam Jeha untuk
meneruskan perjuangan suaminya. Sikap Jeha yang tidak mudah mengalah
kepada kejadian alam adalah sifat yang
harus dipuji. Jeha beranggapan mati hidup dan senang dipegang oleh Allah
S.W.T dan Jeha tetap menerima dengan penuh kesyukuran dan berserah pada Qada
dan Qadar..
Watak
Jeha sebagai “Hero Wanita Malaya” cukup jelas dan berpadanan dengan
sifat beliau sebagaimana kita lihat apabila Jeha bersama suaminya menebas semak , membersihkan rumput bulu
landak dan segala semak samun lain yang merajai kawasan bendang mereka. Ada suatu ketikanya Jeha hampir di patuk ular tedung semasa memetik
pucuk-pucuk kayu di sawahnya. Segala
rintangan dan dugaan yang dihadapi
tidak sama sekali mematahkan semangat beliau untuk meneruskan
kerja-kerja rutin sebagai petani.
Kekuatan semangat yang ada pada Jeha dalam mengerjakan
sawahnya lagi terbukti apabila Jeha mengharungi rintangan ketika padi mula
disemai, sarangan burung tiak yang memagut buah-buah padi, ketam-ketam putih
yang memotong batang-batang anak padi hinggakan semua ujian ini terpaksa mereka
tempuhi sehingga memaksa Jeha dan keluarganya berada di bendang hingga hari
malam. Kesungguhan Jeha untuk menjaga sawahnya begitu kuat sekali, hanya wanita
cekal dan tabah saja yang sanggup menghadapi semua cabaran-cabaran ini.
Shahnon Ahmad juga dalam novel ini menonjolkan sikap Jeha
yang taat kepada suami, dikala suaminya Lahuma masih hidup hinggalah diakhir
hayatnya. Kesetiaan dan ketaatan yang diberikan oleh Jeha kepada suaminya
ketika Lahuma sakit akibat tercucuk duri nibong. Jehalah yang merawat dan
menjaga Lahuma walaupun pada masa itu kerja-kerja sawah harus diteruskan. Kasih
sayang Jeha kepada suaminya tidak bebelah bagi sehinggalah Lahuma menghembuskan
nafas terakhir akibat tanggungan penyakitnya
yang tidak terubat. Pernah suatu ketika, Jeha terbayang-bayang wajah
suaminya di sawah dan merasakan suaminya sentiasa berada disisinya. Apabila
Jeha mengalami tekanan mental (gila) nama suaminya sering diajukan kepada
anak-anaknya. Beliau selalu bertanya kepada anak-anaknya terutama Sanah tentang
ayah mereka. Kekuatan cinta Jeha kepada Lahuma begitu mendalam hinggakan
melahirkan permainan emosi yang menyentak hati dan perasaan pembaca.
Namun diakhir perjuangan hero wanita Malaya ini, akhirnya
kecundang juga akibat terlalu banyak rintangan dan dugaan yang tidak dapat
diharungi oleh Jeha. Ujian-ujian yang begitu perit yang tidak tertanggung oleh
Jeha menyebabkan beliau mengalami tekanan jiwa. Kesungguhan wanita juga
adakalanya tertewas oleh keadaan alam, ini terjadi kepada Jeha. Jeha tidak
dapat menerima hakikat kejadian alam yang merosakkan tanamannya. Gangguan
ketam-ketam putih, serangan burung-burung tiak dan banjir telah menamatkan dan mengakhiri perjuangan Jeha
sebagai wirawati petani. Kegilaan Jeha yang semakin menjadi-jadi menyebabkan
anak-anaknya mengambil keputusan untuk menghantar Jeha ke Hospital Tanjung
Rambutan, Perak.
PERSONALITI
WAJAHDIRI WATAK SANAH
Sanah adalah
anak sulung pasangan suami isteri Lahuma dan Jeha. Watak Sanah yang
diketengahkan oleh SH Shahnon Ahmad
dalam Ranjau Sepanjang Jalan adalah
watak wira yang tidak didendang. Terdapat personaliti wajahdiri yang ketara
ditonjolkan oleh Sanah dalam penceritaan SH Shahnon Ahmad. Kekuatan dan kualiti
wanita yang dimiliki oleh Sanah adalah warisan dari ibunya Jeha. . Semasa
ayahnya masih hidup dan sebelum ibunya menjadi gila Sanahlah yang banyak
membantu keluarga mereka dalam kerja-kerja sawah. Sanah adalah pendorong
semangat adik-adik perempuannya.
Kesinambungan watak wanita selepas Jeha adalah Sanah…Sanah penyambung
warisan keluarganya…..keluarga tani. Sanah seorang gadis yang belum bersuami
tetapi sudah cukup matang dalam menguruskan keluarga. Sanahlah pengganti Lahuma
dan Jeha, selepas ayahnya meninggal dan ibunya gila Sanahlah yang akan
meneruskan perjuangan keluarga bersama adik-adiknya dalam mengusahakan sawah
mereka.
Selepas
Jeha menjadi gila, Sanah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga yang
berperanan sebagai seorang ayah, ibu, kakak sulung dan penyara kehidupan dia
dan adik-adiknya. Bukannya mudah bagi seorang wanita seperti Sanah yang belum
berkeluarga berani dan sanggup mempertaruhkan kehidupannya demi meneruskan
kehidupan sebagai petani apatah lagi memimpin adik-adiknya sama-sama
memperjuangkan tanah sawah mereka. Seperti ibunya Jeha, Sanah juga berhadapan
dengan segala masalah dan cabaran dalam mengusahakan sawah mereka. Kekuatan watak Sanah lebih menonjol setelah
ibunya menjadi gila dan bagi Sanah perjuangan harus diteruskan. Mereka tidak harus
mati kelaparan, sawah padi menguning, hujan lebat, banjir besar dan kedatangan
ketam serta gangguan burung tiak harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan
kecekalan. Personaliti wajahdiri yang
dibangkitkan oleh Sanah adalah bagaimana beliau menghadapi situasi hari-hari
mendatang dengan hanya berbekal semangat dalam memperjuangkan sawah mereka. Di
sini, Sanah berperanan sebagai
pembangkit semangat keluarganya dan juga masyarakat setempat. Penduduk kampung
mencontohi apa yang diperjuangkan oleh Sanah dan adik-adiknya. Personaliti wajahdiri yang ada pada Sanah
lagi terbukti apabila dia berhadapan dengan masalah mental ibunya. Kekuatan
diri yang ada pada Sanah cukup memberi pengajaran kepada kita, walaupun ibunya
(Jeha) gila, Sanah tetap sabar dan sentiasa menyayangi ibunya walaupun
terpaksa melayan segala kerenah dan
tindakan-tindakan ibunya adakalanya diluar batasan. Kesabaran dan ketabahan
Sanah tercabar juga apabila Sanah terpaksa menghantar ibunya ke Hospital Sakit
Jiwa Tanjung Rambutan di Perak. Walaupun berat rasanya hati Sanah dan
adik-adiknya berbuat demikian, namun demi menyayangi ibunya, Sanah pasrah dan
menerima segala ketentuan Ilahi apa yang terjadi kepada ibu.
KESIMPULAN
Pada saya,
novel Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai plot yang penuh dengan kesungguhan untuk menampilkan
personaliti wajahdiri watak-watak wanita seperti Jeha dan Sanah yang terus
berani berjuang mencari rezeki sekalipun tahu bahawa kudrat wanita kadangkala
ada lemahnya namun semua itu bukan alasan apatah lagi tempat mereka bergantung
yakni Lahuma sudah tiada. Terdapat kuasa wajahdiri pada watak Jeha dan Sanah. Persamaan sifat
antara Jeha dan anaknya Sanah adalah gambaran “Hero Wanita Malaya” yang
cukup berani berjuang menghadapi hari-hari mereka yang penuh dugaan dan cabaran
sebagai pewaris keluarga tani. Jeha menjadi gila atas perjuangannya
mempertahankan sawah mereka. Ketabahan Jeha tercabar disebabkan kejadian alam
yang merosakkan tanaman mereka yang tidak dapat diterima oleh Jeha. Sanah
sebagai watak yang harus diketengahkan sebagai wira, kerana Sanah adalah
penyambung warisan tani keluarga Lahuma.
Kehidupan
harus diteruskan, perjalanan hidup Sanah dan adik-adiknya terlalu jauh.
D