Selasa, 29 Mei 2012

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5



RANCANGAN  PENGAJARAN   HARIAN

Tarikh                         :  21.03.2012
Mata Pelajaran          :  Bahasa Melayu
Masa                          :  10.00 – 11.00 pagi (60 Minit)
Kelas/Darjah              :  5
Bilangan Murid          :  28 orang
Tema                           :  Patriotisme
Tajuk                          :  Bumi Merdeka

Pengetahuan sedia ada murid :

   Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka
                                       menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun Negara kita.

Objektif Pelajaran      :  Diakhir pengajaran murid-murid dapat:

1.      Murid dapat menulis satu peranggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat petikan Bumi Merdeka.

2.      Murid membaca  dan mengumpul maklumat tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan.

3.      Murid dapat menjawab 4 dari 5 soalan pemahaman berdasarkan petikan.

Fokus Utama Pembelajaran :
            :

7.3.      Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan
            dan memperkukuhkan minat membaca.

       Aras 2 ( i ) Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

11.2     Mengulas karya-karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat,
            wacana, nilai dan pengajaran

            Aras 3 ( i ) Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.



Kemahiran Bahasa                :  Bertutur, Menulis dan Mendengar
Tatabahasa                             :  Sebutan dan intonasi
Nilai Murni                             :  Kesenian,  menghormati dan menghayati

KEMAHIRAN BERNILAI  TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir               :  Membuat perbezaan,membuat inferens dan kemahiran
                                                   mengkategorikan

Kemahiran Belajar                :  Menerima maklumat, memproses dan melaporkan
Kecerdasan Pelbagai             :  Kinestetik, intrapersonal, intrepersonal, naturalis dan emosi.
Bahan Bantu Mengajar         :  Komputer, lcd, senikata lagu tanggal 31, petikan Bumi Merdeka



Langkah
(Masa )

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran
& Pembelajaran


Catatan


Set Induksi
( 5 minit )



Guru mendengarkan murid lagu Tanggal 31.

Guru menanyakan soalan
kepada murid.

1.      Apakah yang terjadi
pada tanggal 31?





i) Murid diminta mendengar
   dan menghayatinya senikata
    lagu Tanggal 31.

ii)Murid diminta  memberikan
    penjelasan tentang maksud
    lagu yang didengarkan oleh
    guru.
  








KB: menghubungkait,
inferens

BCB:
Mendengar

BBM:
Radio, senikata
Lagu tanggal 31.








Langkah 1
( 15 minit )




Guru memberi petikan
bertajuk  “Bumi Merdeka”
melalui  power point (lcd).




i) Murid dikehendaki mengelik
    salah satu pautan yang
    disediakan.

ii)Murid diminta membaca
    petikan itu secara individu
    dengan kuat dan mengikut
    intonasi serta gaya yang
    betul.
  
iii)Murid-murid lain
     dikehendaki mendengar dan
     meneliti teks sambil
     memahami petikan tersebut.

 iv)Guru bersoalajawab kepada
     murid berkaitan dengan
     petikan




KB: membuat
inferens.

BCB:
membaca dengan intonasi yang betul.

BBM:
power point (lcd).
teks petikan.



Langkah 2
( 20 minit )




Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan.

1 Membuat 1 peranggan  
   berkaitan nilai dan
   pengajaran yang
   terdapat dalam petikan


i) Murid dibahagikan kepada
    beberapa kumpulan.

ii)Murid diminta berada dalam
    kumpulan dan membuat
    perbincangan.
  
iii)Murid dikehendaki
    membentangkan nilai dan
    pengajaran berpandukan
    petikan dalam 1 peranggan
    mengikut kumpulan.

 iv)Guru meminta kumpulan
     yang menyiapkan dahulu
     dapat membentangkan hasil
     perbincangan.


v)Guru bersoaljawab dan
    bertanya soalan  hasil
    perbincangan murid
    dalam kumpulan dan
    memberikan ulasan
    pembentangan terbaik
 


KB: menghubungkait, menjana idea.

BCB:
memproses dan melaporkan maklumat

BBM:
power point (lcd).
teks petikan



Langkah 3
( 15 minit )




Guru memberikan latihan kepada murid-murid.


Aktiviti pengayaan:
Menjawab soalan pemahaman

Aktiviti pemulihan:
Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.


i) Guru bertanyakan kepada
    murid sekiranya murid masih
    tidak memahami  tajuk
    pengajaran hari ini.

ii)Guru memberikan latihan
    kepada murid iaitu menjawab
    5 soalan pemahaman.
  
iii)Guru membimbing
     kumpulan  murid yang
     memerlukan pemulihan
     dengan menyediakan soalan
     yang perlu dilengkapkan
     dengan  mengisi tempat
     kosong.





KB:
menjana idea, membuat inferens
menghubungkait

BCB:
memproses, mengumpul,
mencatat dan
melaporkan maklumat

BBM:
power point (lcd).
teks petikan,
lembaran kerja


Penutup
( 5 minit )



Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid apa yang telah mereka pelajari.

Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru bersama-sama dengan murid menyanyikan lagu Tanggal 31.


   Guru menggalakan murid-
    murid  supaya dapat
    mengumpul maklumat
    daripada bahan-bahan lain
    berkaitan dengan
    kemerdekaan bagi menambah
    pengetahuan mereka

   Murid menyanyikan lagu  
   Tanggal 31 dengan penuh
   semangat patriotisme

Nilai-nilai murni
Menghargai
Menghormati
Bersyukur
Bekerjasama



Refleksi:           Murid lebih aktif apabila guru menyelitkan nyanyian dalam pengajaran. Murid dapat memberikan pendapat sendiri dan menyampaikan kepada kelas secara lisan dan juga dapat menguasai kemahiran yang diajar. Beberapa murid yang lemah, guru perlu memberikan pemulihan secara tidak formal dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan